kulo-Tech Headline Animator

Senin, 27 September 2010

Riwayat Hidup Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha


Sayyidah Fatimah Az Zahra (sa) adalah Puteri dan cahaya mata Rasulullah (saw) serta isteri kepada Ali Bin Abi Talib Alayhis Salam. Sayyidah Khadijah (sa) adalah Bonda tercintanya.
Pada tahun kelima pertabalan Nabi menjadi Rasul, di kota suci Mekah, pada hari jumaat, 20Jamadilakhir, Puteri ini telah selamat dilahirkan. Beliau merupakan salah seorang dari 4 orang srikandi termulia di dalam sejarah manusia dan merupakan pemuka-pemuka wanita dunia serta yang paling mirip pada Rasulullah. Seperti mana ungkapan baginda terhadapnya “Fatimah adalah sebahagian dari diriku”.

Puteri ini mempunyai nama dan gelaran-gelaran yg pelbagai seperti Fatimah,Sayyidah Zahra, Batul, Haura Mubarakah', Siddiqah,A'bidah, Radhiah, Muhaddasah, A'zra', Ummu Abiha, Zuhrah, Taqiyyah, Rokiah, Kausar,Nuriah dll.Semua nama-nama dan gelaran-gelaran tersebut menunjukkan ketinggian peribadi dan kelebihan yang tidak dapat ditemui pada diri orang selainnya.Puteri ini digelar kausar kerana keturunan Rasulullah disambung olehnya dan surah mubarakah Kausar berkenaannya dinisbahkan kepadanya.
Disebabkan oleh Makamnya yang tinggi, terdapat riwayat yang mengatakan, kemarahan dan keredhaannya adalah kemarahan dan keredhaan Allah (swt) dan dia mempunyai makam untuk memberikan syafaat di akhirat kelak.Beliau adalah orang pertama yang akan masuk ke syurga.Syurga menanti kedatangannya seperti mana sabda Rasul (saw) “Fatimah mempunyai bau-bauan syurgawi”.
Beliau adalah salah seorang daripada "Ashabul Kisa' " yang mana "Ayat Penyucian (tathir)" diturunkan tentang mereka. Beliau adalah sebahagian dari diri Ali (as), Ibu penyayang buat Hasanain (as) (Hassan dan Hussain) serta pokok Tuba di syurga.Rasul (saw) sangat menyayanginya dan sentiasa memberikan penghormatan kepadanya apabila dia datang menemui Rasul, baginda akan berdiri dan memberi tempatnya sendiri untuk duduki dan menciumnya.

Dia sentiasa menjadi tunggak dan pembantu ayahandanya dalam menyebarkan risalah. pada tahun kedua hijrah, Selepas penghijrahan umat Islam ke Madinah, beliau telah dikahwinkan dengan anak pakciknya,iaitu Imam Ali (as) dan hidup berumahtangga bersama-samanya selama 9 tahun. Hasil dari perkahwinan mulia ini, mereka memperolehi cahaya mata yang terdiri daripada Imam Hassan, Imam Hussain, Sayyidah Zainab dan Ummu Kalsum.Mereka juga mempunyai seorang bayi yang masih di dalam kandungan yang di beri nama Muhsin dimana selepas kewafatan Rasulullah(saw) atas sebab tekanan dan peristiwa-peristiwa pahit yang terjadi ke atas mereka,bayi tersebut telah gugur dan syahid.
Selepas hijrah, dalam tahun yang payah dan penuh ranjau Sayyidah Zahra (sa), sentiasa disisi ayah dan suaminya mempertahankan Islam. Di dalam medan perang, dia juga turut hadir untuk membantu membuat kerja dengan sepenuh hati dan sukarela serta mengubati dan menolong tentera Islam yang terluka.Dengan peribadi yang gemilang dan kelebihan-kelebihannya yang banyak ini, amat sesuai untuk dijadikan contoh tauladan yang baik buat seluruh umat Islam.
Fatimah Zahra(sa) dalam ibadah, solat, puasa, doa dan perkara-perkara yg bersangkutan dengan Maknawi mempunyai makam yang cukup tinggi. Dia adalah seorang isteri yang berkelayakan dalam urusan rumahtangga, memadai dengan hidup sederhana, tidak meminta-minta dari suaminya, bersama-sama dalam segala hal dan sentiasa berada disisi Imam Ali (as) di dalam kesusahan dan kesedihan.Dia adalah model kesetiaan dan ketabahan serta amat bijak dalam mendidik anak-anak, beliau adalah seorang Ibu Mithali. Dia sentiasa menghormati ayahandanya, suami dan orang lain serta sentiasa bekerjasama dengan pembantu rumah dalam membuat kerja-kerja rumah.
Tidak berpaut pada dunia dan merupakan ahli infaq yang senantiasa bersedekah dan sanggup berkorban apa sahaja.sebagai contoh, Baju perkahwinannya sendiri juga telah diberikan kepada orang yang telah datang didepan pintu rumahnya.
Surah Hal Ata telah diturunkan tentang pengorbanan beliau dan suaminya kerana telah memberikan makanan berbuka puasa mereka kepada orang miskin, yatim dan hamba.Maka Allah SWT membalas perbuatan mereka dengan penurunan surah itu.Beliau tidak pernah menolak untuk membantu dari segi harta orang-orang yang memerlukan dan telah menjadi kebiasaan untuk hidup. Sederhana jauh dari kesenangan dan kekayaan serta menjalani hidup dengan keindahan akhlak, kasih sayang dan kerjasama.
Berhijab, sifat malu dan kesucian Sayyidah Zahra (sa) menjadi buah mulut semua orang.walaupun apabila berdepan dengan orang buta dia tetap memelihara hijabnya.Hidupnya penuh keberkatan tidak pernah disia-sia. (….usianya pendek, tetapi penuh dengan usaha. Dari kecil lagi demi menyampaikan dan mempertahankan agama yang hak, Zahra berjalan seiring dengan ayahnya, Beliau penolong yang penyayang dalam membuat kerja-kerja rumah, Zahra penolongnya Ali(as).Pada malam yang sunyi dan penuh rahsia, Zahra bersujud menyembah Tuhan. Tidak walau sedetik dan seketika pun ingatan Zahra terpisah dari Tuhannya.)
Di hadapan lelaki buta Sayyidah Fatimah (as) melindungi dan memelihara maruahnya.Rasul Allah bertanya kepadanya, “Mengapakah anda berhijab,sedangkan orang itu buta?” Zahra (as) memberi responnya dengankan, “Walaupun dia tidak nampak saya,tetapi saya melihatnya,serta dia boleh mencium bauku” pantas Rasulullah (saw) bersabda, “saya naik saksi bahawa kamu adalah cebisan dari diriku.Amru bin Dinar meriwayatkan dari Aisyah berkata: " Tidak pernah aku melihat seseorang pun yang lebih benar daripada Fatimah salamullah 'alaiha selain daripada ayahnya."[Hilyatul-awliya, Juzuk 2, hlm. 41]

Selepas hari kewafatan ayahandanya yg mulia, beliau telah ditimpa kesusahan dan musibat yang banyak. Kesiksaan ke atas tubuh badan dan roh menyebabkan dia jatuh sakit. Imam Sadiq (as) bersabda : Dari ketika itu sehingga masa kesyahidannya, ketawa tidak lagi terlihat dibibirnya.
Kezaliman ke atas Ahlul Bait, perampasan hak khalifah dari Amirul Mukminin(as), kezaliman ke atas peribadi Sayyidah Zahra (as) dengan penyerangan ke atas rumahnya menyebabkan dia amat terasa kehilangan ayahnya. Sayyidah Zahra(sa) dengan air matanya yg berlinangan menentang orang-orang yang zalim yang telah merampas hak mereka. Air matanya adalah senjata melawan orang-orang yang telah menzalimi puteri Nabi , ketua wanita seluruh alam ini.

Masa yang penuh liku dan pahit ini berlanjutan selama 75 hari dan riwayat yang lain 95 hari. Wanita mulia ini akhirnya terbaring sakit dan syahid.Syahadah Sayyidah Zahra(sa) adalah pada 13 Jamadilawal atau 3 jamadilakhir tahun 11 hijrah. Umurnya ketika syahid adalah 18 tahun.
 

Beliau telah dimandikan dan dikuburkan pada malam hari secara rahsia mengikut wasiat yang telah diwasiatkan oleh Sayyidah Zahra (sa) sendiri.ketika pengkebumiaannya,Ali (as) dan anak2 mereka serta beberapa orang sahabat yang tertentu sahaja hadir.Makam Sayyidah Zahra (sa) sehingga ke hari ini masih lagi tidak diketahui.
Beliau syahid di jalan wilayat dalam mempertahankan hak kekandanya, Amirul Mukminin(as). Di dalam ziarat Sayyidah Zahra(sa) terdapat gelaran seperti Mazlumah, Syahidah dll yang menunjukkan penderitaan dan kezaliman yang telah dilakukan ke atasnya.
Salam atasnya yang merupakan Kautsar Rasulullah yang sentiasa mengalir dan lambang Rahmat Illahi.Dimana di dalam sejarah telah mencatatkan ketinggian, kesempurnaan dan kemuliaannya yang merupakan tauladan buat semua kaum wanita dunia.Penghulu segala wanita, Sayyidah Zahra (sa) adalah contoh ikutan bagi seluruh umat manusia khususnya wanita dan anak perempuan.
Hari kelahirannya telah dijadikan "Hari Wanita Sedunia" dan "Hari Ibu Sedunia" supaya dapat dijadikan contoh ikutan buat semua kaum wanita dan kaum ibu supaya mereka dapat mengambil tauladan dari fadhilat dan sifat-sifatnya yang mulia.

Kesimpulannya terdapat banyak tauladan- tauladan dari wanita mulia ini, untuk generasi yang akan datang. Dari aspek peribadi, masyarakat, ibadah, politik, akhlak, tarbiah rumahtangga, ibadah,ilmu agama dan banyak lagi perkara yang boleh dijadikan ikutan kita semua sebagai "Cermin Kesempurnaan " yang dapat kita lihat dan kenal.


Jelmaan cahaya hidayat
Sumber rahsia wilayat
Kausar ilmu, warak dan permata hikmat
Puncak hakikat dan syariat
Buah hati Murtaza
Muncul dari celah-celah angkara nista
Ketua syurga
Tambatan kita semua
Harapan nusa
Bertawassullah dengan namanya
Ikutlah caranya
Mudah-mudahan selamat hendaknya

Imam Ali al-Ridha berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
" Hassan (as) dan Husayn (as) adalah makhluk yang terbaik di dunia selepasku dan selepas bapa mereka (Ali as) dan ibu mereka (Fatimah as) adalah wanita yang terbaik di kalangan semua wanita."[Bihar, Jilid 43, hlm. 19 dan 20]

Sumber: abalzahra

0 comments:

Posting Komentar

Related Posts with Thumbnails

Subscribe Via Email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Iklan Mobil Iklan Properti

About Me

kulo-Tech
kulo-Tech Blog menyajikan berbagai informasi terkini dan menyediakan fitur-fitur yg tersedia. Berbagai tutorial telah tersedia disini agar menambah wawasan kita. Blog pribadi kini menjadi blog community dan sebagai layanan media promo bisnis yg telah kami sediakan. Terimakasih pada teman-teman yg telah mendukung dan pihak-pihak yg telah berpartisipasi atas perkembangan kulo-Tech ini. Mohon kritik dan saran
Lihat profil lengkapku